Sunday, February 6, 2011

kEuNiKaN BaTiK

Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. 

Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera, campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.



No comments:

Post a Comment