Saturday, February 19, 2011

BaTiK DaLaM FiKirAnKu

Tak tahu kenapa saya tulis pasal batik mungkin dulu hidup saya ada kaitan dengan batik kot..haha

Nak kata saya minat batik ,tak minat mana pun.Mungkin zaman kanak-kanak ada juga la kacau orang buat kerja 'mencating kain batik dan mencoteng kain'.Maklum la budak nakal katakan.

Tapi tak apa,ada kemungkinan boleh jadi pengusaha batik kelak kot..hihi..jangan marah tahu sj nak buat lawak je.

Seingat saya, keluarga saya pernah juga ambil upah membuat batik di kampung saya nak kata sohor boleh la...

Tapi tak lama ayah saya dah berhenti membuat kerja itu sebab nak jaga anak-anak yang nakal nih..hihi

BERSAMNBUNG.....

Sunday, February 6, 2011

kEuNiKaN BaTiK

Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. 

Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera, campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.



aSaL -uSuL BaTiK MeNjAdI TaNdA TaNyA.......

Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi.Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. 
 
 Corak Batik yang dihasilkan

Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi.